26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Pulangkan negara kepada rakyat, Raja-raja Melayu

Surat terbuka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SAYA Muhammad Qaim Qays Azmi, berasal dari Muar, Johor. Saya bukan ahli mana-mana parti politik, saya rakyat biasa yang dijamin hak kebebasan bersuara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Seri,

Malaysia ini sudah tiada arah tuju di bawah campur tangan politik Datuk Seri dan rakan-rakan yang syok sendiri dan kebulurkan kuasa.

Tidak kering lagi embun pagi selepas kekalahan teruk parti yang dipimpin Datuk Seri semalam, Datuk Seri masih lagi ada “keyakinan diri” untuk menawarkan diri mengemudi negara ini dengan bilangan kerusi yang tercorot.

Tidak reda lagi kekecewaan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kalah kedua-duanya di kerusi selamat, Datuk Seri telah merencana dan membayangkan kedudukan di dalam kerajaan demi survival politik Datuk Seri.

Bahkan belum reda lagi gelojak jiwa calon-calon berkaliber UMNO yang dihantar ke kawasan hitam untuk kamikaze-politik dan kalah!

Ketahuilah Datuk Seri,

Datuk Seri kini bukan sahaja liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional, Datuk Seri kini adalah LIABILITI NEGARA MALAYSIA.

Malaysia berhak dipimpin oleh pemimpin baharu yang bersih dan tidak mempunyai sebarang kontroversi politik yang melibatkan soal integriti.

Advertisements

Malaysia sudah ketinggalan jauh dengan negara jiran, bahkan dengan Republik Indonesia, mereka lebih progresif dari sudut pendidikan, ekonomi dan kemajuan infrastruktur. Singapura lebih-lebih lagi.

Ketahui jugalah Datuk Seri bahawa negara Malaysia ini tidak wajib disajikan dengan kegusaran survival politik UMNO dan Barisan Nasional semata-mata sehingga menyebabkan ketidakstabilan politik yang tiada henti dan memberi kesan-domino kepada progres kemajuan negara dari pelbagai aspek.

22 bulan nampaknya tidak cukup untuk menampar UMNO dan Barisan Nasional supaya sedar dari lamunan siang.

Belajarlah daripada Pakatan Harapan yang mengambil masa 24 tahun untuk bangkit sepertimana hari ini. Tidak perlu terburu-buru menawar diri menjadi sebahagian daripada kerajaan. Seakan-akan perigi mencari timba.

Pulangkan negara ini kepada rakyat dan Majlis Raja-raja. Hormati keputusan rakyat. Hormati hakikat bahawa UMNO dan Barisan Nasional perlukan masa yang panjang untuk bermuhasabah dan kembali bangkit.

Kepada pucuk pimpinan UMNO di peringkat pusat, bahagian dan cawangan, berhentilah secara en bloc, ambil tanggungjawab untuk bersara dari dunia politik selama-lamanya.

Beri laluan kepada orang baharu di dalam UMNO untuk kembali mendapatkan kepercayaan rakyat, terutamanya orang Melayu.

Hapuskan budaya feudal yang memualkan. Belajar jadi inklusif dan jangan jaja modal survival bangsa, sedang diri tidak pimpin melalui tauladan.

Anak dan isteri pemimpin simpan diam-diam dalam rumah. Tidak perlu terlibat sama dalam perjuangan yang keras ini. Belajarlah dari kesilapan yang lepas.

UMNO & Barisan Nasional kini parti minoriti. Sirah politik ini akan dikenang dengan air mata.

Wallahualam.

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan