31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PN sedia terima mana-mana parti bentuk kerajaan

Setakat pukul 3 pagi, PN berjaya memenangi 73 kerusi penuh termasuk 22 calon PN yang menggunakan logo Pas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) sedia menerima mana-mana parti yang sehaluan dengan prinsipnya untuk membentuk kerajaan, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu itu berkata, setakat pukul 3 pagi ini, PN telah berjaya memenangi 73 kerusi penuh termasuk 22 daripada calon PN yang menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Bersyukur atas kejayaan PN memenangi 73 kerusi penuh setakat ini, termasuk 22 calon PN yang menggunakan logo Pas.

“Masih terdapat enam kerusi lagi yang belum selesai dikira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang media di Glenmarie Golf & Country Resort di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Muhyiddin yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkata, sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan baharu, pihaknya akan mengumumkan gabungan tersebut selewat-lewatnya petang esok.

“Esok petang kita akan tentukan dengan siapa kita akan kerjasama bentuk kerajaan Persekutuan.

Advertisements

“Sokongan rakyat kepada PN terutamanya pengundi muda telah membolehkan PN mencapai kejayaan luar jangka.

“PN akan kekal dengan tawaran ‘PN Best’ kepada rakyat seperti mana yang ditawarkan sepanjang tempoh berkempen,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai gabungan yang dimaksudkan, Muhyiddintidak mahu menyebut mana-mana parti namun menengaskan tidak akan bekerjasama dengan PH.

No with PH,” tegasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan