Tuesday, July 21, 2026

Tun Mahathir minta individu aktif dalam NGO undi Pejuang

Dalam PRU15 ini, GTA bertanding sebanyak 121 kerusi Parlimen.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU yang aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) mengundi Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggunakan logo Pejuang dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad, sehingga kini NGO tidak berkuasa melaksana matlamat atau projek mereka.

“NGO hanya dapat merayu kepada Kerajaan supaya menerima perjuangan NGO dan melaksana.

“Kali ini melalui GTA, NGO sudah diberi peluang untuk menyertai PRU 15 sebagai calon dan akan menjadi wakil rakyat, bahkan berada dalam Kerajaan.

“Dengan diberi suara dan peranan dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan, perjuangan NGO akan dicapai dengan lebih mudah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam PRU15 ini, GTA bertanding sebanyak 121 kerusi Parlimen.

Antara pemimpin NGO yang diketengahkan ialah Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood), Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando yang bertanding di kerusi ‘panas’ di Selangor iaitu di Tanjong Karang.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan