25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pembubaran Parlimen, PRU-15 tidak jejas sambutan Deepavali

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBUBARAN Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU-15 dalam tempoh hampir dengan perayaan itu.

“Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali.

“Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” kata beliaukepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran, hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini amat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.

“Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara,” kata beliau.

Ismail Sabri yang tiba pada 11.15 pagi, meluangkan masa lebih satu jam di rumah terbuka Deepavali di kediaman Vigneswaran di Kota Kemuning.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan