25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Anak Johor ke peringkat antarabangsa – Onn Hafiz

SMK Tinggi Batu Pahat berjaya melakar sejarah manis apabila muncul sebagai johan bagi kategori Future Innovators, 14 September lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Batu Pahat berjaya melakar sejarah manis apabila muncul sebagai johan bagi kategori Future Innovators, 14 September lalu.

Kemenangan berkenaan melayakkan pasukan robotik sekolah tersebut mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memuat naik hantaran dalam Facebook mengucapkan tahniah susulan kejayaan tersebut.

“Tahniah SMK Tinggi Batu Pahat yang meraih johan bagi kategori Future Innovators dan akan mewakili Malaysia ke World Robotic Olympiad di Jerman pada 17 hingga 19 Nov 2022!

“Semoga meraih kejayaan sekali gus mengharumkan negeri dan negara yang kita semua cintai! Kongsinya semalam.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dalam Facebook menyatakan tahniah dan syabas atas pencapaian pasukan robotik Negeri Johor bagi Pertandingan Robotik Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Syabas juga buat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun 2, Batu Pahat,” atas kejayaan sekolah berkenaan merangkul tempat ketiga bagi kategori Robomission Junior.

Untuk rekod pada tahun 2018, kontinjen negara muncul juara keseluruhan Kejohanan World Robot Olympiad (WRO) ke-15 di Chiangmai, Thailand, menewaskan 486 pasukan dari 63 negara.

Advertisements

Ia susulan kejayaan memenangi tiga pingat emas, satu gangsa dan empat anugerah kecemerlangan.

Terdahulu, tiga mahasiswa Johor berjaya mengharumkan nama negara di peringkat Antarabangsa dalam pertandingan World Skills Competition (WSC) yang berlangsung di Kazan, Rusia, Ogos lepas.

Cabaran negara dalam kejohanan yang melibatkan kemahiran dalam jurusan teknikal dan vokasional tersebut dipikul oleh tiga anak muda , Chuan Chuan You, Muhammad Amierul Aliff Abd Aziz, serta Haziq Fauzi Abdul Jalil , yang turut menerima anugerah ‘Medallion of Excellence’ dalam pertandingan dwi-tahunan tersebut.

Chuan You 22, merupakan penuntut Universiti Teknikal Melaka (UTeM), dan Muhammad Amierul, 21, menerima pendidikan dari GiatMara Kota Tinggi, , manakala Haziq Fauzi, 20, merupakan pelajar

Universiti Kuala Lumpur Malaysia- France Institute di Muar.

Kerajaan negeri turut menyumbangkan RM1,000, plak serta sijil penghargaan kepada ketiga-tiga peserta, yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan