25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tular isu manja: DPB kongsi pantun ‘troll’ lagi

Turut dikongsikan dalam hantaran berkenaan ialah sumber pantun tersebut daripada Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) kali ini memuat naik sebuah hantaran yang menyentuh mengenai isu manja.

Hantaran yang dikongsikan itu merupakan pantun empat kerat yang membawa maksud yang sangat mencuit hati warganet.

Turut dikongsikan dalam hantaran berkenaan ialah sumber pantun tersebut daripada Khazanah Pantun Melayu Riau DBP, 2007.

Pantun yang dikongsikan adalah seperti berikut:

Wakil badak kepada kuda, Wakil kuda kepada musang; Degil budak kerana manja, Degil tua kerana miang.

Advertisements

Pantun itu mencapai lebih 1,000 reaksi pengguna media sosial Facebook serta dikongsikan lebih 67 kali selepas 20 minit dimuat naik.

Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet yang ada antara mereka berbalas pantun mengenai isu berkenaan.

Bahkan, ada juga warganet yang memuji DBP mengikut perkembangan isu semasa dan seterusnya memuat naik hantaran yang turut memberi ilmu baharu buat mereka.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan