34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Peguam bela Najib fail permohonan gugurkan Tengku Maimun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya.

Tengku Maimun dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan terdapat bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan berat sebelah.

Tengku Maimun berkata, permohonan itu mesti menunjukkan bahawa kenyataan oleh pihak ketiga akan menjejaskan penemuan mahkamah.

“Saya tidak nampak sebarang bahaya berat sebelah yang mencukupi untuk saya menarik diri,” katanya.

Tengku Maimun kemudian berkata mahkamah akan memutuskan rayuan akhir sebentar lagi.

Ketika ini, Najib sedang membacakan kenyataannya sebelum mahkamah membuat keputusan.

Advertisements

Terdahulu, permohonan untuk mengecualikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dari prosiding rayuan berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd telah difailkan pada Isnin.

Demikian dimaklumkan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik pagi ini.

Selain itu, pembelaan juga telah membuat keputusan untuk memberi hujah balas kepada hujahan Timbalan Pendakwa Raya (ad hoc) Datuk V Sithambaram, berhubung apa yang perlu mahkamah lakukan jika pembelaan enggan memfailkan hujahan lisan atau bertulis.

Tengku Maimun kemudian memutuskan agar perkara kedua didengari dahulu sebelum pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyediakan dokumen berkaitan permohonan mengecualikan beliau dari mendengar rayuan kes Najib.-Edisi 9


Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan