25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Lelaki gunting Jalur Gemilang ditahan polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LELAKI yang merosakkan beberapa Jalur Gemilang dipasang sempena Bulan Kebangsaan di sekitar bangunan MITEC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur ditahan polis, semalam.

Perbuatan lelaki terbabit yang menggunting bendera kebangsaan berjaya dirakam orang awam sebelum rakaman video itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan kejadian itu pada jam 12 tengah hari tadi seperti dalam rakaman video yang tular.

“Siasatan awal mendapati kejadian berhampiran bangunan MITEC Jalan Ampang, jam 12.37 tengah hari semalam. Berikutan itu, kita berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun pada jam 12.30 tengah hari tadi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Advertisements

Tambah Noor Dellhan, pengganggur itu akan direman mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan perbuatan khianat.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video TikTok menunjukkan seorang lelaki memakai baju merah dan bertopi biru merosakkan beberapa Jalur Gemilang dengan mengguntingnya sehingga terkoyak.

Menerusi video berdurasi 37 saat itu, kelihatan suspek terus menggunting daripada satu bendera ke satu bendera sehingga rakaman itu tamat.

Difahamkan, perakam ada menegur perbuatannya, namun dimarahi semula dan perakam tidak berani mendekatinya kerana suspek memegang gunting.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan