30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

P-Hailing: Jangan bebani dengan syarat baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN untuk penunggang P-Hailing disyaratkan untuk memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) pada ketika ini amatlah tidak munasabah.

Itu pandangan yang dilontarkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi susulan keputusan kerajaan mewajibkan mereka memiliki lesen GDL.

Beliau berkata, janganlah diperas lagi penunggang tatkala ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

“Pasaran kerja yang masih sendu, tekanan harga barangan yang meningkat dek inflasi dan beban bayaran balik pinjaman bank.

“P-Hailing inilah yang menjadi ruang untuk mereka mencari rezeki, memastikan dapur berasap, anak bini cukup makan dan ada bumbung menutupi mereka sekeluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini

Katanya, tidak dinafikan wujud soal keselamatan dan perlindungan insurans.

Advertisements

“Sedikit sebanyak GDL ini ada meritnya. Cuma ianya tidak menyelesaikan masalah pokok kepentingan dan kebajikan mereka yang menceburi sektor gig ekonomi ini.

“Dah tu siapa nak kena tanggung kos buat GDL ni? Penunggang atau syarikat?

“Sehubungan dengan itu, saya mahu kewajipan memiliki lesen GDL ini boleh dipertimbangkan. Bagaimanapun, kami mahu pekerja-pekerja sektor ini diiktiraf sebagai pekerja mengikut undang-undang buruh negara.

“Barulah hak dan kepentingan mereka dan keluarga mereka terjamin. Lebih manis, syarikat yang tanggung kos ambil lesen GDL. Jika tidak boleh, tak perlu lah kan?

“InsyaAllah, saya sendiri akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan untuk bawa isu yang menjadi keluhan anak-anak muda yang terlibat dalam industri P-Hailing ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan