24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PTPTN, MOF bincang kaedah pengecualian bayaran balik pinjaman

Pemberian insentif tersebut jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dan sebagai dorongan untuk menggalakkan peminjam PTPTN untuk mencapai pendidikan cemerlang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) berkaitan peruntukan dan kaedah pelaksanaan pengecualian bayaran balik graduan kelas pertama.

Pengerusinya, Apli Yusoff berkata, kaedah perlaksanaan keistimewaan berkenaan akan dimaklumkan sejurus selepas dimuktamadkan.

Menurutnya, pemberian insentif tersebut jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dan sebagai dorongan untuk menggalakkan peminjam PTPTN untuk mencapai pendidikan cemerlang.

“PTPTN sebagai agensi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited memastikan agar urusan berkenaan pengecualian bayaran balik pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan para peminjam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Apli lagi, sebelum ini mulai tahun 2019, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN hanya diberikan kepada peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi kategori kumpulan B40 dan M40 sahaja.

Namun menurutnya, dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022, insentif tersebut akan diperluaskan kepada semua kategori peminjam yang bergraduat bermula tahun 2019 tanpa mengira had pendapatan.

Dalam pada itu, PTPTN turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri serta menyambut baik pengumuman mengenai insentif memberikan semula keistimewaan kepada mana-mana pelajar yang membuat pinjaman mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan