27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 20, 2022

Bank, institusi kewangan digesa bantu PMKS amalkan prinsip ESG

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CREDIT Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), bank-bank dan institusi kewangan digesa mengenal pasti kaedah untuk memperkukuh kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutamanya dalam melaksanakan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Ketika membuat gesaan itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata aset-aset ESG juga dijangkakan mencecah AS$53 trilion (AS$1=RM4.44) menjelang 2025, satu pertiga daripada aset global di bawah pengurusan manakala dana ESG pula mewakili kira-kira 10 peratus daripada aset dana di serata dunia.

“Sehubungan itu, amat penting untuk memastikan bahawa PMKS ini tidak tersisih daripada pasaran atau tidak mendapat pembiayaan masa depan hanya kerana tidak mematuhi prinsip-prinsip ESG dalam operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Institusi Kewangan/Pembangunan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) CGC ke-27 di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengerusi CGC Datuk Mohammed Hussein dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.

Baca juga:   Kerajaan, KWSP setuju permudah kelulusan i-Sinar - Tengku Zafrul

Menurut Tengku Zafrul, sektor PMKS yang kukuh juga akan memaparkan ekonomi yang mantap serta berdaya tahan.

Justeru, beliau berkata usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bagi menambah baik aspek pengetahuan, keupayaan digital serta menjalin kerjasama dengan komuniti inovator, syarikat multinasional dan akademia untuk membantu PMKS membuat tawaran yang lebih baik.

Beliau juga menekankan kepentingan bagi pihak bank dan institusi kewangan memainkan peranan aktif untuk memudahkan lagi peralihan PMKS kepada amalan rendah karbon serta berciri mampan.

Baca juga:   4,839 kenderaan cuba rentas sempadan diarah patah balik

“Sasaran sifar karbon anda mungkin agresif dan ini hanya menekankan lagi kepentingan untuk anda memberi bimbingan serta membantu PMKS mencapai sasaran ESG,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan juga telah menerima prinsip kemampanan yang amat penting untuk turut diamalkan oleh PMKS.

Malah, katanya, Bajet 2023 akan turut mengutamakan inisiatif bagi menjadikan PMKS lebih kompetitif dan berdaya tahan serta lain-lain usaha serupa bagi membangunkan semula keupayaan PMKS dalam memacu daya saing masing-masing.

PMKS menyumbang sebanyak 37.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia selain menggaji sebanyak 47.8 peratus daripada tenaga kerja pada 2021.

“Sejajar dengan sumbangan penting PMKS ke atas ekonomi dan peluang pekerjaan negara ini, adalah jelas bahawa sektor inilah yang perlu kita galakkan secara aktif,” katanya.

Baca juga:   Runding terus: RM4.47 bilion untuk Kementerian Pengangkutan

— BERNAMA

Terkini

Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan meningkat – PM

PRESTASI perbelanjaan peruntukan pembangunan (DE) bagi tahun ini sehingga 15 Ogos lalu mencatatkan peningkatan sehingga 50.35 peratus berbanding 26.4...

Lagi Artikel Berkaitan