25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kantoi tanam ganja dalam kebun sayur

Polis turut merampas 34 pokok ganja berketinggian antara 0.6 meter dan 2.13 meter dianggarkan bernilai RM56,346 pada serbuan antara 7.30 pagi hingga 3.30 petang itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAKTIK licik lima individu menggunakan kebun sayur untuk mengaburi kegiatan penanaman ganja mereka di Sungai Bidut, Sibu, terbongkar dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sibu, Rabu lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, kelima-lima individu berumur 29 hingga 59 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing.

Menurutnya, polis turut merampas 34 pokok ganja berketinggian antara 0.6 meter dan 2.13 meter dianggarkan bernilai RM56,346 pada serbuan antara 7.30 pagi hingga 3.30 petang itu.

“Sebuah kereta bernilai RM40,000 yang digunakan suspek disita di bawah Seksyen 25 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ujar Mancha lagi, kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hanya lelaki tempatan berkenaan didapati positif terhadap dadah jenis tetrahydnocarrabinol.

Menurutnya, kesemua mereka direman dua hari bermula semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki tempatan itu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana mengambil dadah.

“Permohonan reman telah dibuat ke atas suspek dan kesemuanya direman selama dua hari sehingga esok,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan