25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pengarah syarikat rugi RM5.29 juta, ditipu Love Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA- gara terpedaya dengan mainan cinta, seorang wanita berputih mata selepas mengalami kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial ‘Online Dating’.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mangsa penipuan ‘Love Scam’ berusia 64 tahun yang juga merupakan seorang pengarah itu telah membuat laporan polis hari ini, selepas menyedari telah diperdaya.

“Suspek terdahulu telah memperkenalkan diri sebagai pekerja paramedik di Hospital California.

“Kemudian, suspek memperdayakan mangsa dengan menyatakan beliau (lelaki itu) menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai US$22 juta dan perlukan dana modal permulaan serta berjanji ingin mengahwini mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Azmi berkata, mangsa kemudiannya telah melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank yang diberikan suspek secara berperingkat antara Januari hingga Jun 2022 berjumlah keseluruhan RM5.29 juta.

Advertisements

“Mangsa telah menggunakan kesemua wang simpanan dan membuat pinjaman dengan Pemberi Pinjam Wang Berlesen.

“Semakan awal mendapati akaun bank yang terlibat (akaun lelaki itu) juga mempunyai rekod untuk beberapa kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Azmi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-BERNAMA

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan