26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Zuraida dipercayai masih kekal menteri Kabinet

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Zuraida Kamaruddin dipercayai masih kekal sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta masih menjalankan tugas rasmi di kementeriannya itu.

Ini dibuktikan dengan pengesahan kehadiran Ahli Parlimen Ampang itu pada satu program rasmi kementeriannya di Sabah malam ini.

Mengikut jadual rasmi dikongsi Unit Komunikasi Korporat (UKK) kementerian berkenaan, Zuraida akan menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko Malaysia (AIKM) 2022 anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM) di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Advertisements

Difahamkan, Zuraida berlepas ke Sabah selepas menghadiri mesyuarat Kabinet pagi tadi, lapor Kosmo!.

Terdahulu, Zuraida dilihat memasuki Bangunan Perdana Putra dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah pukul 9.25 pagi tadi.

Bagaimanapun, usaha wartawan yang menunggu sejak 9 pagi bagi mendapatkan penjelasan Zuraida mengenai perkara itu gagal apabila kenderaan yang membawa beliau dipercayai keluar menerusi pintu lain selepas menyuarat Kabinet tamat, tengah hari tadi.

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan