25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Harga siling ayam, telur, subsidi minyak dimansuhkan 1 Julai ini

Tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harga dalam pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HARGA kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ialah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka akan meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran.

Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harga dalam pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang.

“Kami jangka harga siling ayam akan naik selepas 30 Jun ini berbanding RM8.90 sekilogram ketika ini tetapi pihak industri telah memberi jaminan harganya tidak akan naik terlalu mendadak.

“Saya dimaklumkan oleh pihak industri bahawa harga siling ayam sekilogram akan berlegar sekitar RM10 sekilogram. Saya tidak berani sahkan berapa harganya nanti kerana bila harga kawalan ditarik, harga akan diapungkan ikut pasaran.

Advertisements

“Bagaimanapun, kami bagi jaminan kenaikan harga ayam tidak akan naik mendadak tapi jika ia berlaku, kami akan pantau dan gunakan peraturan sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama pemain industri di Putrajaya, hari ini.

Ujar beliau lagi, sebelum ini, kerajaan telah mengawal harga siling ayam dan telur ayan bagi membantu meringankan kenaikan harga barangan namun, tindakan itu menyebabkan herotan pasaran dan harga.

Menurutnya, kerajaan masih meneruskan subsidi minyak masak polibeg pada harga RM2.50 sekilogram untuk semua pengguna di seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2 kg, 3 kg dan 5 kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini dan ia akan ditentukan oleh harga minyak sawit mentah dunia. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan