27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Lelaki terkejut jumpa bom tangan, puluhan peluru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki terkejut apabila menemukan bom tangan lama dan 95 butir peluru di belakang rumahnya di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, Perak semalam.

Lelaki berusia 50 tahun itu menjumpai bahan letupan dan puluhan peluru itu ketika kerja-kerja menggali lubang untuk pembesaran kandang lembu pada pukul 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, siasatan lanjut mendapati bom berkenaan merupakan bom lama jenis Hand Grenade dengan ukur lilit 20 sentimeter (sm) dan 12 sm panjang.

Katanya, 95 butir peluru bersaiz 7.62 mm yang sudah berkarat itu jenis GPMG.

Advertisements

“Tindakan lanjut segera dijalankan termasuk memusnahkan bom itu oleh Sub Unit Pemusnah Bom (UPB) Taiping pada pukul 10.20 pagi tadi.

“Bom itu berjaya dimusnahkan tanpa sebarang insiden manakala peluru pula akan dilupuskan oleh Unit Persenjataan (AMRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak,” katanya, lapor Utusan.

Menurut beliau, orang ramai diingatkan agar melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjumpai sebarang objek mencurigakan atau dipercayai bom.

“Kita minta orang ramai jika menjumpai sebarang objek seperti bom atau bahan letupan supaya tidak menyentuh atau mengalihkannya, sebaliknya laporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan