25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tambang bas sekolah pula akan naik mulai Jun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS dibebani dengan pelbagai peningkatan harga barangan sejak kebelakangan ini, kini ibu bapa bakal berdepan pula dengan kenaikan harga tambang bas sekolah anak-anak mereka.

Ini susulan tindakan Persatuan Bas Sekolah Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) yang bercadang untuk menaikkan harga tambang pada bulan depan atau Julai.

Pengerusinya, Mohd.Haron Mohd.Sidik berkata, kenaikan itu bagi menampung kos penyelenggaran dan alat ganti kenderaan yang telah meningkat mendadak antara 50 peratus hingga 80 peratus.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah kenaikan itu bergantung kepada perbincangan dan persetujuan antara pengusaha dengan para pelanggan masing-masing.

“Bayaran tambahan juga akan dikenakan untuk penghantaran dan pengambilan pelajar dari kelas kokurikulum, kelas-kelas tambahan, latihan sukan, tuisyen dan sebagainya yang luar dari waktu rasmi balik dari sekolah.

Advertisements

“Pengusaha terpaksa mengkaji dan menaikkan tambang kerana pihak kami sudah tiada pilihan lagi untuk menampung kos penyelenggaraan bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, PBSSPKL ada mengemukakan cadangan dan menghantar memorandum kepada kerajaan supaya menanggung separuh tambang bas sekolah dan selebihnya ditanggung oleh ibu bapa.

Tambahnya, pihaknya turut memohon kerajaan memberikan subsidi minyak petrol dan diesel RM1 seliter kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah seluruh Malaysia.

“Sekiranya berlaku sebarang bencana dan sekolah ditutup, hanya kerajaan sahaja yang perlu membayar tambang bas sekolah untuk memastikan kelangsungan pengusaha bas sekolah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan