27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Garis panduan kenderaan mikromobiliti diumumkan tak lama lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan pelan dan garis panduan menyeluruh berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi.

Ia susulan bantahan awam berhubung larangan penggunaan tiga jenis kenderaan itu, iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA), di atas jalan.

Kata beliau, kerajaan memahami keperluan dan peranan penting yang boleh dimainkan menerusi penggunaan kenderaan mikromobiliti.

“Sebab itu, pelan dan garis panduan yang komprehensif merangkumi pelbagai kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kini di peringkat akhir untuk disiapkan dan ia akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya di Facebook hari ini.

Advertisements

Hantaran itu turut melampirkan tangkap layar laporan bekas perdana menteri Najib Razak yang tidak setuju dengan larangan itu.

Pada 26 April lalu, kerajaan mengumumkan larangan penggunaan tiga jenis kenderaan itu di atas jalan yang berkuat kuasa serta – merta.

Ka Siong dilaporkan berkata, penggunaan kenderaan itu hanya dibenarkann di dalam bangunan dan kawasan yang tiada percampuran aliran trafik.

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan