25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bangga atlet capai sasaran 36 pingat emas – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa bangganya apabila sasaran 36 pingat emas dalam Sukan SEA Vietnam tercapai.

Berita baik berkenaan dikongsikan beliau dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

“Tahniah! Kita telah berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas menerusi skuad karate negara di Sukan SEA Vietnam!

“Saya bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun Perdana Menteri turut memberikan kata-kata semangat buat atlet yang tidak berjaya membawa pingat pulang buat negara.

“Bagi yang tidak berjaya membawa pulang pingat, tidak mengapa, kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia sentiasa menyokong kalian.

Advertisements

“Kepada atlet yang masih berjuang, ayuh kita tambah lagi jumlah pingat kita!

Untuk rekod, kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran pingat yang ditetapkan apabila membawa pulang 36 pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 di Hanoi menerusi acara karate kategori kumite berpasukan lelaki yang diwakili R. Sharmendran, S. Prem Kumar, H. Sureeya Sankar, S. Geerijaieswaran, Arif Afifuddin Ab. Malik, V. Kueggan dan G. Katish.

Pasukan berkenaan berjaya menewaskan Indonesia 3-0 di Gimnasium Ninh Binh.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia di atas kejayaan mencapai sasaran 36 pingat emas pada Sukan SEA Vietnam 2021.

“Alhamdullilah, kita bersyukur dengan kontinjen negara yang telah mencapai sasaran 36 pingat emas dan saya harap atlet-atlet yang masih bertarung boleh terus menambah bilangan emas serta cuba perbaiki kedudukan pungutan pingat keseluruhan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan