26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

JPJ keluar 16,377 saman dalam Op Hari Raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 16,377 saman kesalahan jalan raya di seluruh negara sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 yang berakhir malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata, saman dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 89,490 kenderaan yang bermula 29 April lalu.

“Daripada jumlah saman berkenaan, 776 membabitkan lima kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat (272) diikuti memotong barisan (206).

Selain itu, hingga semalam sebanyak 58,182 saman dikeluarkan melalui sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS),” katanya selepas memantau pelaksanaan Op HRA 2022 di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan, di sini malam tadi, lapor BH Online.

Advertisements

Zailani berkata, kesalahan dikesan menerusi 45 kamera AWAS membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.

Katanya, JPJ melakukan penguatkuasaan dan advokasi secara berstrategik dengan rondaan serta pemeriksaan rawak di jalan utama dan lebuh raya persekutuan.

“Selain itu, melakukan penyamaran sebagai penumpang bas untuk mengesan pemandu yang melakukan kesalahan,” katanya.

Ujar beliau, operasi malam tadi memfokus kepada penunggang motosikal yang menjadi penyumbang tertinggi kepada kemalangan maut.

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan