32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PM Singapura, isteri terima darjah kebesaran tertinggi Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran tertinggi Istana Johor kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu diadakan dengan penuh istiadat dan berlangsung di Istana Besar Johor, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Perdana Menteri Singapura.

Pada majlis istiadat yang sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama, Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada isteri Hsien Loong, Ho Ching yang membawa gelaran Datin Paduka.

Advertisements

Berangkat sama pada majlis itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor kepada Lee Hsien Leong.

Istana Johor sebelum ini pernah mengurniakan darjah kebesaran kepada beberapa pemimpin republik itu sebagai lambang persahabatan dan hubungan erat antara Johor dan Singapura.

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan bekas menteri undang-undang, EW Barker pernah menerima anugerah sama pada 1984, diikuti bekas Perdana Menteri, Goh Chok Tong pada 1991.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan