27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di dahi di sebuah hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 7 malam.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 6 petang tadi.

“Pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemui mayat mangsa rakyat tempatan berusia 49 tahun itu dengan kesan kecederaan dipercayai ditembak di bahagian dahi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Habibi berkata, siasatan awal mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang tadi bersama seorang rakan lelakinya.

Advertisements

“Mereka datang dari Johor dan kami masih lagi menyiasat sebab kedua-dua individu berkenaan datang ke sini (Kuala Lumpur).

“Kami menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Jumlah tembakan yang dilepaskan dalam kes ini masih disiasat. Pada masa sama, kami sedang mengenal pasti motif kejadian itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan