27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

8,395 mangsa banjir di Selangor masih belum terima bantuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT seramai 8,395 mangsa banjir di Selangor masih belum menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) dari kerajaan negeri dan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dari kerajaan Persekutuan setakat Isnin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daerah Klang mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang belum menerima bantuan berkenaan iaitu 7,236 keluarga.

“Diikuti Kuala Langat (530); Petaling (348); Sepang (223); Kuala Selangor (56) dan Gombak sebanyak dua keluarga,”katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Negeri Selangor, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, menurutnya, bantuan kepada mangsa-mangsa banjir telah selesai diagihkan di tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

“Dalam pada itu, setakat Isnin, kerajaan negeri telah meluluskan dan mengagihkan BSB kepada 118,110 keluarga dengan peruntukan RM118.10 juta melalui peruntukan yang disalurkan kesemua Pejabat Tanah dan Daerah sebanyak RM132.63 juta.

“Manakala daripada 25 jumlah kematian, kita dapati 14 waris keluarga telah menerima bantuan tersebut dengan peruntukan keseluruhan RM140,000, ” katanya

Advertisements

Selain itu, Amirudin turut memaklumkan, sebanyak 2,942 permohonan ditolak atas beberapa faktor yang tidak memenuhi kriteria dan permohonan bertindih.

Ujarnya, sebanyak 300 permohonan masih dalam semakan untuk ditentusahkan layak menerima bantuan banjir atau sebaliknya.

“Kita jangkakan menjelang akhir Mac ini kita boleh melangsaikan bayaran tertunggak ini. Kalau ada yang masih tertunggak selepas tarikh tersebut, kita akan proses (permohonan) hingga akhir April.

“Untuk keluarga yang masih belum dapat bantuan tersebut, kita masih mempunyai baki sebanyak RM14.38 juta di Pejabat Tanah dan Daerah.

“Sekarang kita tidak agihkan bantuan di dewan-dewan dan sebagainya, jadi baki keluarga yang masih belum dapat bantuan ini akan dihubungi dan wang tersebut akan terus dibayar ke akaun atau secara pemindahan dana elektronik (EFT),” katanya.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan