26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Langgar SOP: Kompaun lebih RM500,000 dikeluarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 596 kompaun bernilai hampir setengah juta ringgit dikeluarkan terhadap orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, sejak 1 Januari lalu.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kesemua kompaun itu dikeluarkan mengikut Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  (APPPB) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan

“Sejak 1 Januari sehingga kini, sebanyak 596 kompaun bernilai RM596,000 dikeluarkan.

“Semalam, kita turut mengenakan kompaun terhadap 75 orang termasuk tiga pemilik premis dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurut beliau, kompaun bernilai RM1,000 telah dikenakan kepada 18 orang pengunjung di premis pertama, 20 orang pengunjung di premis kedua dan 34 orang pengunjung di premis ketiga.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 yang masih tinggi demi keselamatan umum.

Katanya, operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan COVID-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan