29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Saingan separuh akhir FA Cup sengit, pertembungan 4 gergasi

Mesti Baca

MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SAINGAN kejuaraan FA Cup 2019-2020 semakin hangat apabila empat pasukan gergasi Inggeris, Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Manchester City melayakkan diri ke separuh akhir bagi merebut trofi kejuaraan kejohanan edisi ke-139 itu.

Manchester City pasukan terakhir menempah slot tersebut selepas menumpaskan Newcastle 0-2 di St James Park awal pagi tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Kevin De Bruyne meletakkan Manchester City di hadapan selepas meyudahkan sepakan penalti pada minit ke-37.

Raheem Sterling kemudian meletakkan The Citizen selesa menerusi jaringan minit ke-68 hasil sepakan dari luar kotak penalti sekali gus melayakkan Manchester City untuk mempertahankan kejuaraan sebelum bertemu dengan Arsenal bagi perlawanan separuh akhir pada 19 Julai ini.

Arsenal turut melayakkan diri selepas menewaskan Sheffield United dengan jaringan 2-1 di Barmall Lane, kelmarin.

Sementara itu, Chelsea turut meneruskan saingan bagi merebut trofi tersebut selepas menundukkan Leicester City dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan suku akhir di King Power Stadium lewat malam tadi.

Advertisements

Gol kemenangan pasukan bimbingan Frank Lampard diraih menerusi kuisan Ross Barkley dalam kotak penalti hasil hantaran lintang Willian pada minit ke-63.

Kemenangan itu bakal menyaksikan Chelsea menentang Manchester United dalam saingan separuh akhir pada 19 Julai ini.

Manchester United merupakan pasukan terawal mara ke separuh akhir selepas berjaya menundukkan Norwich City 2-1 di Carrow Road.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan tempat ke separuh akhir hasil jaringan pemain bek tengah, Harry Maguire pada minit ke-118 selepas perlawanan itu terikat 1-1 pada masa sebenar walaupun Norwich terpaksa bermain 10 pemain akibat Timm Klose dilayangkan kad merah.

Perlawanan akhir dan upacara penyampaian trofi FA Cup dijadualkan pada 1 Ogos di Stadium Wembley tanpa kehadiran penonton berikutan penularan Covid-19.

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan