26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Gempa goncang Sumatera Barat, Malaysia turut bergegar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU gempa bumi yang sangat kuat dengan berskala 6.2 magnitud berlaku menggoncang wilayah Sumatera Barat, Indonesia pagi ini, yang turut dirasai di beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.

Menurut BMKG, gempa yang berlaku sekitar pukul 8.39 pagi (9.39 waktu Malaysia) itu terletak 17 kilometer (km) di timur laut Pasaman Barat, 64 km di barat laut Bukit Tinggi.

Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk di Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.

Penduduk di beberapa daerah di Negeri Sembilan antaranya Rembau, Port Dickson dan Seremban di samping Melaka dan sebahagian Johor turut merasai gegarannya.

Advertisements

Kejadian gempa bumi itu turut dikongsikan warga media sosial.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya menerima enam panggilan kecemasan melaporkan gegaran berlaku termasuk gegaran pada bangunan.

Bagaimanapun, laporan keseluruhan sehingga kini tidak melibatkan sebarang kecederaan yang dilaporkan.

Pihak bomba hanya membuat pemantauan di lokasi kejadian.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan