25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

15 kluster baharu, hanya 43 kes kategori 3, 4 dan 5

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kluster COVID-19 baharu hari ini, mencatatkan peningkatan dengan 15 kluster dilaporkan berbanding lapan kluster semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kluster baharu tersebut menjadikan kluster aktif kini mencecah 332 kluster sekaligus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,457 kluster.

“Jumlah kluster tamat sebanyak 6,125 kluster berbanding semalam, 6,120 kluster,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, negara mencatatkan sebanyak 5,720 kes positif menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam, 5,736 kes sekali gus mengatasi 3,968 kes sembuh.

“Jumlah pesakit COVID -19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 56 kes berbanding semalam, 54 kes.

“Pesakit COVID -19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) turut merekodkan sedikit peningkatan, 114 kes berbanding semalam, 112 kes,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata, sebanyak 43 kes bersamaan 0.8 peratus daripada 5,720 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, sebanyak 5,677 kes bersamaan 99.2 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan tujuh kes bersamaan semalam, tujuh kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,992 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), dua kes daripada tujuh kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,449 kes.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan