27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Suami maut ditikam isteri sendiri di depan anak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut disyaki ditikam isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Rasah Kemayan, Seremban 2, Negeri Sembilan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.11 petang itu, mangsa, Poh Seng Hiap, 55, ditikam di bahagian dada dan pinggang menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu daripada anak mangsa berusia 18 tahun yang juga saksi kejadian.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki jam 6.11 petang memaklumkan bapanya ditikam di lokasi kejadian.

“Sejurus selepas itu, polis bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan ke atas mayat mangsa dan mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian dada dan pinggang kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Nanda berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian dua anak pasangan itu berada di lokasi dan menjadi saksi kejadian.

“Susulan itu polis menahan suspek wanita berusia 55 tahun yang juga isteri kepada mangsa di lokasi kejadian dan merampas sebilah senjata tajam disyaki digunakan ketika kejadian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat esok,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan