33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

10,000 ayam mati dalam kebakaran ladang ternakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 10,000 ekor ayam mati dalam kebakaran yang berlaku di ladang ternakan Zhang Agriculture Development Sdn Bhd di Jalan Bau-Kuching, Sarawak , awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran ladang ternak itu pada pukul 3.40 pagi.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau terus bergegas dan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati api sudah merebak di keseluruhan struktur reban berukuran 7.5 x 30 meter persegi itu.

Advertisements

“Kebakaran itu kemudiannya berjaya dikawal pada jam 4.30 pagi dan operasi tamat pada jam 6 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Henderi berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

Menurutnya berdasarkan maklumat pengusaha ladang ternakan itu, dianggarkan lebih 10,000 ayam mati terbakar dalam kejadian itu.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan