KEADAAN Sungai Kelantan di dua daerah iaitu Kuala Krai dan Machang menunjukkan paras melebihi tahap bahaya dan peningkatan pola setakat pukul 12.15 tengah hari ini.
Berdasarkan maklumat awam banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bacaan Sungai Kelantan di Kuala Krai pada paras 25.02 meter, melebihi paras bahaya 25 meter.
Sungai di Kampung Temangan, Machang pula meningkat kepada 20.11 meter iaitu melebihi 2.61 meter daripada paras bahaya yang ditetapkan.
Sementara itu, sungai di beberapa negeri lain juga turut mencatatkan paras amaran iaitu dua di Pahang, satu di Johor, tiga di Terengganu dan satu di Melaka dengan empat daripadanya menunjukkan pola menaik.
Selain itu, 23 sungai di beberapa negeri lain iaitu Kelantan (lima), Pahang (lima), Johor (satu), Terengganu (tujuh) dan Sarawak (dua) diletakkan pada tahap waspada, dengan 13 daripadanya berada dalam pola menaik.
Ketika ini juga, hujan di beberapa negeri mencatatkan bacaan renyai (1-10 milimeter dan sederhana (11-30 milimeter).
-EDISI9