25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Semua pihak elak tindakan provokasi di Laut China Selatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan agar semua pihak perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan berunsur provokasi serta mengawal sebarang tindakan di Laut China Selatan.

Menurut Perdana Menteri, tindakan seperti akan menambahkan lagi ketegangan di kawasan yang menjadi pertikaian beberapa buah negara termasuk Malaysia itu.

Malahan beliau berkata, Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil.

Perdana Menteri menyampaikan pandangan Malaysia itu ketika menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida di pejabatnya hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kedua-dua negara telah menyatakan kesediaan untuk sama-sama memperkukuh hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama.

Advertisements
FUMIO KISHIDA

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin tersebut membincangkan perkara berkepentingan bersama, khususnya mengenai usaha memperkembangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, perdagangan, industri pertahanan serta pembangunan sumber manusia.

“Malaysia juga mengalu-alukan penubuhan kampus luar negara pertama Universiti Tsubuka di Malaysia oleh negara Matahari Terbit itu,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya, malam ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dan rakan sejawatnya itu turut bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar dan Semenanjung Korea, Pandangan ASEAN Terhadap Indo-Pasifik dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik.

“PM Kishida dan saya bersetuju untuk mempertingkat rundingan erat bagi memperkukuh kerjasama di bawah Perkongsian Strategik,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan