31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Anggota polis pukul GRO laman web cari jodoh

Tiada calon jodoh ditemukan dalam masa enam bulan menerusi laman web itu yang dibayar sebanyak RM2,500

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GARA-gara masih gagal mendapatkan calon jodoh di sebuah laman web yang sudah dibayar ribuan ringgit, seorang anggota polis bertindak memukul seorang wanita dalam kejadian di Jalan 2 Chan Sow Lin, Petaling Jaya kelmarin.

Difahamkan kejadian berlaku apabila suspek yang berusia 35 tahun ke pejabat wanita iu yang juga pegawai khidmat pelanggan (GRO) sebelum berlaku perselisihan faham.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara mereka kerana suspek sudah membayar RM2,500 kepada wanita berkenaan untuk mencari calon jodoh di laman web.

“Bagaimanapun, tiada calon jodoh ditemukan dalam masa enam bulan. Suspek menyalahkan wanita itu sebelum membawa mangsa ke dalam lif dan bertindak menyerangnya di dalam lif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Muhammad Idzam berkata, mangsa yang mengalami pendarahan di kepala kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

“Polis sudah mengenal pasti lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dan akan memanggilnya bagi memberi keterangan berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan orang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan