30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Yang buat surat palsu ini ‘goblok’ – Ahmad Maslan

Mesti Baca

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menganggap mereka yang membuat surat palsu konon berlaku kekeliruan tentang calon Ketua Menteri Melaka sebagai ‘goblok’ (bodoh).

Menerusi ciapan dalam twitternya, Ahmad berkata, tidak mungkin surat yang dialamatkan dan salinannya (s.k) adalah orang yang sama.

“Mana ada surat kepada yang dialamatkan dan salinan SK sama orangnya. Tentulah surat ini palsu. Goblok betul yang buat surat fake ini,” katanya hari ini.

Beliau mengulas satu surat konon daripada Setiausaha Agung UMNO dengan tanda tangan beliau memaklumkan tentang kekeliruan isu calon Ketua Menteri Melaka.

Advertisements

Surat yang ditujukan kepada Ketua dan Setiausaha UMNO Bahagian-bahagian Negeri Melaka itu turut meletakkan salinan (s.k) kepada ketua dan setiausaha bahagian terbabit atau orang yang sama.

Surat yang didakwa palsu itu memaklumkan bahawa pengumuman Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri daripada Barisan Nasional (BN) bukanlah muktamad, sebaliknya hanya strategi politik dalam usaha memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sebaliknya, menurut surat tersebut, jawatan itu akan diberikan kepada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi mempertahankan prinsip menghormati hirarki organisasi.

Ahmad berkata, keputusan mengekalkan Sulaiman sebagai Ketua Menteri jika BN berjaya membentuk kerajaan masih kekal dan tidak pernah berubah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan