30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat 24 November ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) ke-12 akan diadakan pada Rabu, 24 November 2021.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan yang dikeluarkan, memaklumkan mesyuarat akan bermula pukul 9.00 pagi, di sini.

Advertisements

Mesyuarat Khas yang bakal dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Sarawak seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.

Mesyuarat akan disusuli satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh-tarikh berkenaan dan perkara-perkara berkaitan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan