26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kes aktif, harian menunjukkan trend penurunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes aktif COVID-19 dan kes harian negara terus menunjukkan trend penurunan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat semalam.

Kes aktif sahaja, sebanyak 3,149 kes dilaporkan, menjadikan keseluruhan, jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 92,246 kes.

Di samping itu, bilangan kes sembuh negara juga merekodkan pertambahan kes dengan sebanyak 9,231 kes sekaligus melebihi kes baharu harian negara yang direkodkan.

Pertambahan angka tersebut menjadikan  jumlah kumulatif kes sembuh sehingga kini mencecah 2,270,520 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), dilaporkan semalam.

Advertisements

Pertambahan angka tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,646 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 63 kes kematian dilaporkan, dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 27,921 kes.

Menerusi data laporan tersebut juga, daripada kes aktif terbabit, sejumlah 70,849 kes (76.8 peratus) bagi kuarantin di rumah; sebanyak 13,799 kes (15.0 peratus) di PKRC; sebanyak 6,910 kes (7.5 peratus) di hospital; sebanyak 340 kes (0.4 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan dan 348 kes (0.4 peratus) ICU perlukan alat bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan, kes baharu harian merekodkan trend penurunan dengan sebanyak 6,133 kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,385,599 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan