27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

7,509 jangkitan baharu COVID-19; pertambahan 7 kluster lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Sejumlah 7,509 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam 24 jam yang lalu iaitu sedikit peningkatan berbanding semalam.

Semalam, sejumlah 7,420 kes baharu COVID-19 dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 7,509 jangkitan baharu, 7,493 merupakan penularan tempatan sementara baki 16 kes merupakan kes import.

Advertisements

“Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 7,393 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan 9,531 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, 695 kes kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 347 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada masa sama, beliau memalumkan sejumlah sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 702 kluster masih aktif.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan