31 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Anwar serah elaun setaraf menteri kepada rakyat miskin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kurang bersetuju dengan beberapa kemudahan ditawarkan kerajaan dalam menambah baik fungsi Ketua Pembangkang.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar berkata, kemudahan setaraf menteri itu tidak dapat diterimanya sama sekali.

“Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambah baik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti selayaknya dalam mana-mana negara demokratik di dunia.

“Namun, saya tidak bersetuju dengan butiran sepertimana disebut dalam surat tawaran kepada saya yang diutus Perdana Menteri. Butiran-butiran ini adalah sebahagian daripada kemudahan penuh kepada seorang menteri,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Antara butiran itu ialah gaji bulanan sebanyak RM14,907.20; RM12,320 sebulan untuk elaun keraian, bayaran khas (RM1,500), elaun rumah (RM4,000), elaun selenggara rumah (RM833) dan elaun pakaian panas (RM6,000 sekali dalam tiga tahun).

Baca juga:   Majoriti tipis Parlimen, Shabery cadang lancar 'serangan Subuh'

Selain itu, RM1,500 untuk elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun), elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (RM1,500 sekali dalam tiga tahun) dan sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, dalam tawaran itu, Perdana Menteri turut bersetuju kemudahan untuk sebuah pejabat bagi Ketua Pembangkang dan beberapa kemudahan lain termasuk staf bagi membantu urusan kerja dan pejabat.

“Saya juga tegaskan kepada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan.

Baca juga:   PH kekal calonkan Anwar, Mahathir mula dipinggirkan?

“Malah, saya akan menyalurkan dana terbabit untuk tabung rakyat miskin,” katanya.

Tegasnya, pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang itu tidak bermaksud pembangkang akan mendukung apa sahaja dasar kerajaan tanpa soal.

“Seperti dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya itu, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sedia kala.

“Aspek semak dan imbang akan terus diperhebat bagi memastikan negara ini terus di landasan demokrasi,” katanya.

Penambahbaikan fungsi Ketua Pembangkang itu antara memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) bulan lalu.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Anwar kempunan lagi, kekal sebagai 'PM tepi'?

Terkini

Izinkan pemulihan segera Malaysia, pesan Najib

RAKYAT diminta izinkan pemulihan segera Malaysia biarpun adanya perasaan benci terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu...

Lagi Artikel Berkaitan