26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Rasuah: Ahli Parlimen akan didakwa esok – SPRM

SPRM juga terima aduan rasuah membabitkan projek penambakan laut di Melaka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG ahli Parlimen akan didakwa berhubung kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menerusi satu edaran jemputan media daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pertuduhan akan dibuat pada pukul 9 pagi.

Bagaimanapun SPRM tidak mendedahkan identiti ahli politik, jenis kesalahan rasuah serta nilai rasuah yang terlibat sehingga esok.

Edaran berkenaan dibuat selepas SPRM mendapat izin untuk mendakwa Ahli Parlimen.

Malaysiakini melaporkan individu terbabit adalah Ahli Parlimen Labuan daripada Warisan, Rozman Isli yang disahkan oleh peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Manakala Astro Awani turut mengesahkan perkara itu selepas menghubungi Ahli Parlimen terbabit.

Advertisements

“Esok saya ada pertuduhan (SPRM) di mahkamah Kuala Lumpur. Saya akan buat kenyataan media selepas itu,” kata Rozman seperti dilapor.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, SPRM memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka.

Agensi itu berkata, pihaknya telah menerima laporan rasuah yang dibuat oleh Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam hari ini berhubung isu tersebut.

“Satu kertas siasatan berhubung isu berkenaan telah dibuka SPRM sebelum ini dan aduan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM ini akan dikepilkan dalam kertas siasatan tersebut.

“SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan