28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

‘Geng Fendy’ tumpas, dalang utama turut ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MELAKA – Tiga lelaki ahli ‘Geng Fendy’ termasuk dalang utama yang merupakan bekas banduan, ditahan polis kerana terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan di sini, semalam.

Memetik laporan Utusan Online, kesemua suspek berusia antara 31 hingga 54 itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan masing-masing di Kampung Duyong, Taman Seri Duyong dan Taman Kota Laksamana di sini antara pukul 3.10 petang sehingga 6 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tangkapan tersebut merupakan hasil siasatan satu laporan yang dibuat seorang mangsa mendakwa, sebuah kereta jenis Honda Accord SV4 miliknya dicuri.

“Mangsa mendakwa kereta Honda Accord yang diletakkan di sebuah kilang di Batu Berendam telah hilang dan mengalami kerugian kira-kira RM7,000.

“Hasil siasatan dan maklumat awam, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (Cawangan D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berjaya menahan suspek utama berusia 31 tahun di sebuah rumah di Kampung Duyong pada pukul 3.10 petang,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai kereta milik mangsa dan beberapa biji tayar yang telah dibuka daripada kenderaan dipercayai untuk dijual di sekitar negeri ini.

“Susulan itu, dua lagi suspek berusia 46 dan 54 tahun ditahan masing-masing di Taman Seri Duyong serta Taman Kota Laksamana.

“Semakan lanjut mendapati, suspek utama merupakan seorang bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kenderaan serta enam berkaitan dadah.

“Suspek dipercayai mula melakukan jenayah sama sejak awal bulan ini dengan bantuan dua ahli yang lain,”katanya.

Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 18 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan