28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

300 terima sumbangan Yayasan EZ Prihatin

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SABAK BERNAM – Seramai 300 buah keluarga di dua daerah berbeza menerima sumbangan barangan asas dapur daripada program Food for Needy @ Sabak Bernam baru-baru ini.

Program edisi ke empat yang dianjurkan Yayasan EZ Prihatin ( YEZP) bersama tajaan daripada Ikhlas.com dan EZ Fadaa Sdn Bhd.

Penerima sumbangan terdiri daripada golongan keluarga fakir miskin dan saudara baharu.

Dua daerah negeri yang dimaksudkan adalah Sabak Bernam dan Hilir Perak.

Advertisements
PASANGAN suami isteri selepas menerima sumbangan. – Foto YEZP

Menurut Pengurus YEZP, Muhammad Luqman Hakim Fazli program ini diadakan bagi meraikan golongan kurang berkemampuan lebih lebih lagi menjelang Aidilfitri nanti.

Dalam pada itu program ini turut mendapat kerjasama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, sukarelawan PIBG Sekolah Kebangsaan Batu 38 Sabak Bernam, Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam, Sahabat Hospital Sabak Bernam, Masjid Kampung Tanjung Jawa dan sukarelawan individu.

ANTARA mualaf yang menerima sumbangan. – Foto YEZP

Antara barangan yang disumbangkan adalah beras, bihun, tepung, susu pekat, gula, garam, sardin, kicap, milo, minyak masak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan