26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Sikap Mahathir tidak baik untuk negara

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Husin Akhtar Husin menyifatkan tindakan Tun Mahathir Mohamad untuk terus mengugat kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh memberi kesan buruk kepada negara:

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menggugat kestabilan kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sangat membimbangkan dan menunjukkan niat tidak baik terhadap negara.

Dalam keadaan negara berhadapan pandemik Covid-19 dan dunia berhadapan kemelut ekonomi yang sangat buruk, kenyataan Tun Mahathir ini adalah satu sabotaj kepada ekonomi negara.

Walaupun adalah hak demokrasi mana-mana ahli Parlimen untuk melobi menjadi Perdana Menteri, namun usaha Tun Mahathir sangat tidak bermaruah dan bersifat penting diri sendiri.

Sudah dua kali Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tidak banyak orang yang diberi peluang Allah SWT untuk kembali memegang jawatan utama. Apakah dua kali menjadi Perdana Menteri masih belum cukup memuaskan hati Tun Mahathir?

Malah Tun Mahathir adalah orang yang paling tidak layak bercakap tentang kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan ini. Beliau telah dinasihat oleh Yang di-Pertuan Agong agar tidak melepaskan jawatan pada Februari lalu. Malangnya, nasihat dan permintaan Seri Paduka tidak diendah dan diambil pertimbangan sebaiknya.

Justeru adalah tidak masuk akal untuk Tun Mahathir berterusan mengganggu-gugat kestabilan kerajaan ini kerana semua ini berpunca daripada beliau sendiri yang meletak jawatan.

Kenyataan Tun Mahathir kepada Reuters bahawa “Perdana Menteri Muhyiddin Yassin salah untuk membuat penyusunan pintu belakang” adalah ‘mislead’ yang menghina sistem demokrasi negara dan memberi gambaran buruk kepada negara di peringkat antarabangsa.

Advertisements

Pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri adalah mengikut norma-norma Perlembagaan Malaysia.

Jika Tun Mahathir lupa, Mac lalu beliau sendiri berusaha mengumpul sokongan Ahli Parlimen, termasuk dari UMNO, melalui akuan bersumpah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kali ke-3.

Jika Tun Mahathir merasakan tindakan beliau itu sah dan sesuai dengan Perlembagaan negara, mengapa pula pelantikan Muhyiddin tidak wajar?

Pada hemat saya, sikap Tun Mahathir yang berterusan mempertikaikan kedudukan kerajaan ini dan memberi gambaran seolah-olah ia tidak sah atau tidak bermoral, bukan sahaja menghina Perlembagaan negara tetapi juga kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menjaga keluruhan perlembagaan negara.

Ketua Polis Negara harus bersikap profesional dalam menjaga dan mempertahankan keharmonian negara walaupun ia berkait dengan Tun Mahathir.

TULISAN ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan 
pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan