31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Biar mereka berhari raya di lebuh raya!

Mesti Baca

Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah diberi amaran dan beribu-ribu kereta diarah berpatah balik kerana cuba merentas negeri, namun masih ada yang berdegil.

Sehubungan itu tindakan mengenakan kompaun kepada individu yang degil adalah satu tindakan tepat sebagai pengajaran.

Seperti mana diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri nYaakob pada sidang media hari ini, kompaun serta-merta diputuskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidakkah sia-sia apabila usaha merentas negeri bukan sahaja gagal malah terpaksa pula membayar kompaun. Tetapi nak buat macam mana segelintir orang kita memang mahu mencuba sesuatu yang ‘tidak berbaloi’.

Seperti mana dilaporkan oleh beberapa media hari ini kesesakan berlaku di sesetengah lebuh raya berikutan sekatan jalan raya oleh pihak polis. Bagi individu yang mendapat kebenaran merentas negeri atas sebab tertentu, tak apalah…tetapi bagaimana dengan yang lain.

Kelompok ini seolah-olah sudah rasa ‘sesak nafas’ kerana terpaksa berhari raya di bandar sebab itulah mereka mengambil risiko untuk rentas negeri. Namun begitu pihak berkuasa tidak akan berkompromi – memetik kata-kata Ismail Sabri, “Polis tidak akan benarkan. Kita tidak membuka ruang rentas negeri lagi. No more.”

Sememangnya individu yang degil itu harus diajar menghormati undang-undang. Kerajaan harus memperketatkan lagi sekatan jalan raya sehingga 9 Jun.

Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah demi keselamatan mereka dan ahli keluarga di kampung. Kementerian Kesihatan sudah menyatakan risiko amat besar jika rentas negeri dibenarkan. Sudah ada kes berlaku, tak kan itupun tak faham bahasa!

Baca juga:   Anak kapal warga asing dilarang turun semasa berlabuh
Baca juga:   PKPD Kuarters Sri Jelutung, Pekan mulai 6 Mac

Kenapa susah sangat ke nak berhari raya tanpa perlu pulang kampung? Adakah fajar 1 Syawal tak menyingsing, kalau raya di perantauan?

Jika ada individu masih juga berdegil untuk pulang ke kampung berhari raya dan seandainya kes meningkat kembali, mungkin selepas ini kerajaan boleh mempertimbangkan melaksanakan semula PKP secara total.

Tetapi kasihanlah kepada jutaan lagi umat Islam yang akur dengan perintah kerajaan dan sanggup berhari raya di perantauan.

Sepatutnya individu degil dan ‘tak faham bahasa’ yang mahu rentas negeri ‘ditahan’ atau dibiarkan ‘tersangkut’ dalam kesesakan supaya mereka ‘boleh sambut hari raya di lebuh raya’ – baru seronok tengok. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Arab Saudi hadiah 35 tan kurma, al-Quran untuk Malaysia

KERAJAAN Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja...

Lagi Artikel Berkaitan