27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sultan Johor hargai bekalan tambahan 2 juta dos vaksin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan penghargaan kepada kerajaan di atas tambahan bekalan 2 juta dos vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Baginda bertitah, tambahan bekalan dos vaksin itu akan mempercepatkan lagi sasaran mencapai imuniti kelompok di Johor.

“Keadaan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan rakyat amat membimbangkan. Dengan penambahan dos vaksin ini, kita berupaya melindungi orang ramai serta mempercepatkan sasaran imuniti kelompok.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas tambahan 2 juta dos vaksin kepada Johor,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Advertisements

Dalam satu kenyataan kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tambahan bekalan sejumlah 2 juta dos vaksin Covid-19 itu meliputi semua jenis vaksin yang telah pun mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA).

Vaksin itu diagihkan ke seluruh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdapat di Johor.

Dr Adham berkata, sehingga kelmarin, sejumlah 1,362,398 orang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Johor, manakala sejumlah 540,895 individu menerima suntikan dua dos vaksin.

Secara keseluruhan, sebanyak 50.2 peratus populasi dewasa di Johor sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan