26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Muhyiddin hargai sokongan TPM, ahli Parlimen BN

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinannya.

Muhyiddin berkata, beliau juga berterima kasih atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahannya sebagai Perdana Menteri ditentukan dalam Parlimen bulan depan, menerusi usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Timbalan Perdana Menteri, dan semua Ahli Parlimen BN yang bersama beliau menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan saya.

“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada bulan September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain.

“Ini adalah selaras dengan titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada saya semasa sesi menghadap di Istana Negara pada hari Rabu.

Advertisements

“Saya berharap agar pendirian Ahli-Ahli Parlimen BN ini akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku pada masa ini dan memberi ruang kepada Kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani COVID-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hari ini seramai 31 ahli Parlimen BN mengesahkan akan kekal bersama kerajaan PN sehingga keabsahannya ditentukan dalam sidang Parlimen September ini.

Timbalan Perdana Menteri dalam satu sidang media khas berkata, ahli-ahli Parlimen terbabit akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar isu kerajaan hari ini dibawa ke Parlimen untuk ditentukan keabsahannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan