30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

PIKAS menuju setengah juta, 407,960 individu terima dos pertama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19 sedang menuju ke angka setengah juta, dengan seramai 407,960 individu yang bekerja dalam sektor pembuatan itu telah menerima suntikan vaksin pertama, setakat semalam.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam perkongsian di Twitter memaklumkan, manakala 43,702 pekerja telah menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka dalam program berkenaan.

“Dengan peningkatan jumlah pemberian vaksin kepada pekerja sektor pembuatan, PIKAS kini sedang menuju ke angka setengah juta pemberian dos vaksin.

“PIKAS adalah satu model kerjasama awam-swasta yang amat bermanfaat dalam usaha mencapai imuniti kelompok,”katanya.

Advertisements

Terdahulu, dalam laporan media MITI akan melipatgandakan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Penggunaan Umum menerusi PIKAS yang diwujudkan di negara ini.

Setakat ini sebanyak 12 PPV PIKAS Penggunaan Umum beroperasi di seluruh negara, manakala 22 lagi PPV PIKAS di Tapak.

Kira-kira 1.9 juta dos vaksin COVID-19 diperlukan bagi menjayakan PIKAS menjelang akhir September depan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan