28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

KPT kurangkan yuran IPTA sehingga 35 peratus

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 386,142 pelajar universiti awam (UA) menerima manfaat daripada inisiatif pengurangan yuran berjumlah RM185.7 juta yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, pengurangan antara 10 hingga 35 peratus itu diberikan susulan Surat Edaran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bertarikh 22 Mac yang meminta pihak universiti memberikan kelonggaran dan pertimbangan sewajarnya terhadap tuntutan bayaran.

“Pengurangan itu meliputi yuran perkhidmatan, asrama, konvokesyen dan aktiviti kolej diberikan kepada pelajar semester kedua Sesi Akademik 2019/2020 sehingga hari ini, sebelum dilanjutkan kepada dua semester lagi bagi Sesi Akademik 2020/2021.

“Pengurangan yuran bagi semester kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk semua pelajar warganegara Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta, dengan RM20 juta adalah peruntukan tambahan kerajaan dan RM55 juta menggunakan sumber dalaman UA,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Bagi semester pertama Sesi Akademik 2020/2021 pula, pengurangan yuran adalah sebanyak RM70.2 juta dan RM40.5 juta lagi untuk semester kedua Sesi Akademik 2020/2021.

“Langkah-langkah yang diambil ini memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam menangani beban kewangan dihadapi pelajar dan ibu bapa,” kata kenyataan itu lagi.

KPT berpandangan bahawa kadar pengurangan yuran yang dinyatakan adalah munasabah memandangkan 20 UA terlibat terpaksa menanggung kos operasi tinggi dengan menggunakan sumber peruntukan dalaman universiti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan