30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pemohon BPN gagal boleh buat rayuan baharu

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Lebih 1 juta pemohon yang gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh mengemukakan rayuan baharu mulai esok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi memberi peluang kepada rakyat yang layak, tempoh rayuan bagi BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Beliau berkata, selain menghantar e-mel, pemohon yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengemukakan rayuan mereka..

Advertisements

“Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, bolehlah pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa, 12 Mei.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan, melibatkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion selepas kerajaan menerima lebih 3 juta permohonan. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan