Sunday, July 26, 2026

NREA 2026 terima 117 penyertaan, melibatkan 23 kategori

Mesti Baca

ANUGERAH Hartanah Nasional (NREA) Ke-18 anjuran Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) mengiktiraf 83 penerima, sekali gus meraikan kecemerlangan pengamal industri hartanah negara.

Presiden MIEA, Kelvin Yip berkata, pihaknya menerima 117 penyertaan merangkumi 23 kategori, sekaligus mencerminkan komitmen berterusan industri dalam meningkatkan profesionalisme serta piawaian perkhidmatan.

Beliau berkata, antara pencapaian paling menonjol ialah peningkatan penyertaan kategori MIEA Million Dollar Achievers (MMDA) yang hampir dua kali ganda, dengan jumlah yuran profesional mencecah kira-kira RM78 juta, berbanding RM43.9 juta pada tahun lalu.

“Pencapaian itu membuktikan industri perejenan hartanah terus berkembang berlandaskan nilai profesionalisme, integriti dan kepercayaan.

“Kami berharap pengiktirafan tersebut menjadi inspirasi kepada lebih ramai pengamal untuk terus meningkatkan standard industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Hartanah Nasional Ke-18 di Kuala Lumpur malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.

Naib Presiden MIEA, Ethan Leong pula berkata, setiap penyertaan melalui proses audit dan penilaian yang teliti selama lima bulan bagi memastikan keputusan dibuat secara adil, telus dan konsisten.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong bersama pemimpin industri, pengamal serta pelbagai pihak berkepentingan yang meraikan pencapaian sektor perejenan hartanah sebagai antara penyumbang kepada pertumbuhan industri hartanah negara.

Dalam kategori MIEA Million Dollar Achievers (MMDA), seramai 34 pengamal menerima pengiktirafan bagi pencapaian yuran profesional antara RM1 juta hingga RM2.999 juta, manakala tujuh lagi diiktiraf selepas merekodkan yuran profesional melebihi RM3 juta.

“Peningkatan penyertaan dan pencapaian yang direkodkan pada NREA 2026 mencerminkan pertumbuhan positif industri perejenan hartanah di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan profesion itu sebagai sektor yang semakin kompetitif serta berdaya saing,” katanya. — Edisi 9

Terkini

BN tolak politik perkauman, ketakutan – Zambry

BARISAN Nasional (BN) menegaskan pendiriannya untuk menolak sebarang bentuk politik perkauman dan politik ketakutan yang boleh memecah-belahkan rakyat serta...

Lagi Artikel Berkaitan