Thursday, July 16, 2026

PRN Negeri Sembilan: BN hanya bertanding 25 kerusi?

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) malam ini hanya mengumumkan 25 calon daripada 36 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, sekali gus mencetuskan spekulasi kemungkinan 11 lagi kerusi diberi laluan kepada Pas.

Senarai calon bagi BN itu diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Jentera BN di Medan Letak Kereta Stadium Paroi, Seremban, malam ini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, 11 lagi senarai calon akan diumumkan kemudian.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Beliau berkata, senarai calon menampilkan gabungan muka baharu dan pemimpin berpengalaman daripada parti komponen BN, iaitu UMNO, MCA dan MIC.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau akan mempertahankan kerusi DUN Rantau dalam PRN yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Manakala Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias pula kekal bertanding di DUN Pertang sementara bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tiada dalam senarai nama calon.

Sebelum ini tular gambar Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertemu empat mata bersama Zahid dan Mohamad yang dipercayai berkaitan dengan PRN Negeri Sembilan.

Berikut senarai 25 calon BN bagi PRN Negeri Sembilan:

N.01 Chennah – Siow Kong Choon
N.02 Pertang – Jalaluddin Alias
N.03 Sungai Lui – Mohd Razi Mohd Ali
N.06 Palong – Mustapha Nagoor
N.07 Jeram Padang – Mohd Zaidy Abdul Kadir
N.08 Bahau – Chong Fui Ming
N.09 Lenggeng – Mohd Asna Amin
N.10 Nilai – Lai Chien Kong
N.12 Temiang – Leaw Kok Chan
N.15 Juasseh – Ismail Lassim
N.16 Seri Menanti – Muhammad Sufian Maradzi
N.17 Senaling – Mohamad Qayyum Abd Jalil
N.18 Pilah – Suzlyana Mahayuddin
N.19 Johol – Saiful Yazan Sulaiman
N.20 Labu – Siti Nur Umaira Hasim
N.22 Rahang – Yap Siok Moy
N.24 Seremban Jaya – Thinalan Rajagopalu
N.26 Chembong – Zaifulbahri Idris
N.27 Rantau – Mohamad Hasan
N.28 Kota – Suhaimi Aini
N.29 Chuah – Pau Jeou Ching
N.32 Linggi – Mohd Faizal Ramli
N.33 Sri Tanjung – Achuthan Alagan
N.35 Gemencheh – Suhaimizan Bizar
N.36 Repah – Koh Kim Swee

Terkini

Ahmad Badri Pengerusi baharu FELDA ganti Shabery Cheek

PENGERUSI RHB Bank Berhad, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang...

Lagi Artikel Berkaitan