Wednesday, July 8, 2026

BN tidak pernah abai keharmonian antara kaum – Zahid

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan  perpaduan dan keharmonian kaum sejak dahulu sehingga ke hari ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, seperti konsep Bangsa Johor yang membawa gagasan besar menyatukan rakyat negeri ini melangkaui kaum, agama dan latar belakang politik.

BN juga, jelas Presiden UMNO itu, sejak dahulu telah mempelopori semangat tersebut dengan membina kestabilan, menjaga keharmonian dan memastikan pembangunan Johor dinikmati oleh semua.

“Semangat itulah yang saya lihat apabila ribuan masyarakat India bersama warga Perling daripada pelbagai kaum hadir memeriahkan program bersama BN. 

“Inilah wajah sebenar Bangsa Johor yang sentiasa hidup dalam semangat kebersamaan dan saling menghormati,” katanya hari ini.

Sebahagian masyarakat India yang menghadiri majlis ramah mesra di Perling Mall, Johor Bahru.

Sebelum itu beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menghadiri Majlis Ramah Mesra Masyarakat India di Perling Mall, Johor Bahru.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon BN bagi DUN Perling, P. Pannir Selvam.

Ahmad Zahid berkata, beliau yakin calon BN itu mampu menggalas amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab, bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan agenda pembangunan, ekonomi setempat, kesejahteraan keluarga serta kepentingan rakyat Perling terus diberi keutamaan.

“Mudah-mudahan, dengan perpaduan dan sokongan Bangsa Johor, kita mampu melakar kemenangan yang bermakna. 

“Bukan sekadar kemenangan BN, tetapi kemenangan untuk kestabilan, kemajuan dan masa depan Perling serta Johor yang lebih baik,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Kyrgyzstan lancar Wilayah Pelaburan Kewangan Khas Tamchy

PRESIDEN Kyrgyzstan, Sadyr Japarov melancarkan Wilayah Pelaburan Kewangan Khas (SFIT) Tamchy, yang disifatkan sebagai langkah strategik untuk meletakkan negara itu...

Lagi Artikel Berkaitan